Buku Tersontot Di Pintu Shorga


Price
RM 15.00
Quantity
Description

Ketika buku ini siap, mahkamah baru sahaja membuat keputusan tentang kes saman pemula Alfafa terhadap saya.

Ia bermula sejak tahun 2013 lagi.

Pertama kali dalam sejarah saya menentang scammer sejak tahun 2002, saya dibawa ke mahkamah oleh Norsham dan Alfafa.

Skim projek perumahan banglo murah tak masuk akal too good to be true ini saya bongkar sejak tahun 2013, dan sehingga kini sudah masuk 2017, sebatang tiang rumah pun tidak nampak bayang.

Asalnya saman fitnah pada tahun 2015 tapi tidak ada susulan dari pihak mereka dan kemudian tahun lalu, mereka memfailkan saman pemula dan sebutan kes pada bulan Julai 2016.

Jika Tok Belagak menggunakan skim emas delay, skim Alfafa pula menggunakan elemen hartanah dalam skim mereka.

90% sama dengan apa yang berlaku ketika insiden sontot emas ETA Tok Belagak dan sewaktu dengannya.

Dalam buku ini saya kongsikan kisah-kisah "Travelog Financial Figther" menentang scammer.

"Perang Melawan Scammer" ini tiada penghujungnya.

Sekalipun "menang", sang "Financial Fitghter" tercedera kira dan kanan.

Manakala bagi sang scammer, walaupun tewas tapi wang yg dipungut sudah berkoyan-koyan.

Financial Fighter "menang" dengan penuh dukacita mengenangkan nasib mangsa yg sama bangsa dan agama dengannya.

Manakala sang scammer pula "tewas" dengan penuh gelak tawa kerana dia tahu dia memang akan kalah akhirnya dalam peperangan yang mereka memang tahu akan tercetus dengan Sang Financial Fighter.

Sang Scammer tahu bahawa peogram "sontot"nya akan "collapse". Jadi, mereka akan cari sebanyak mungkin mangsa, dan kumpul sebesar mungkin laba sebelum muncul Financial Fighter.

Apabila Sang Financial Fighter muncul, Sang Scammer sudah sedar akan berlaku peperangan, jadi tindakan yg perlu diambil ialah melengah-lengahkan peperangan itu tamat.

Semakin lama peperangan itu berlangsung sebelum tamat, semakin banyak laba yg bakal dipungut.

Manakala bagi Sang Financial Fighter pula, peperangan perlu ditamatkan segera.

Siapakah yg memenangi peperangan ini?

Apa terjadi kpd Financial Fighter?

Apa pula nasib Sang Scammer?

Selanjutnya dalam buku "Tersontot Di Pintu Shorga", siri pertama dalam #nerakawang

Ini kandungan buku Tersontot Di Pintu Shorga:

  • Pendahuluan
  • FAQ
  • Prolog
  • Detik Awal Melawan Scammer

Bahagian 1: Hikayat Sontot A. Sontot Confession: Ingat Senang Jadi Penyontot

B. Sontot Penunggang Agama

C. Kategori Penyontot

D. Dua Jenis Sontotan

E. Skim Sontot Akan Gunakan Testimoni Sebegini

F. Modus Operandi Sebuah Skim Sontot

Bahagian 2: Mai Kita Sebut Nama

A. Serba Salah

B. Mecca Fund

C. Tok Belagak Dan Darul Emas Perak Berhad

D. Pengalaman Ngeri Didatangi Bounzer Syarikat Sontot

E. Alfafa

F. Dalam Bidang Kewangan Pun Ada Scammer

Bahagian 3: Supaya Kau Tak Tersontot Lagi

A. Parodi Sajak Hari Guru Seorang Scammer

B. Penipu Tidak Akan Mengaku Menipu

C. Scammer (Juga) Tidak Akan Mengaku Dirinya Scammer

D. Cara Paling Mudah Elak Kena Sontot

E. Catatan Travelog Seorang Financial Fighter

F. Drama Tragedi Sebuah Kesontoton

G. Sontotan Emas: Masihkah Kau Ingat?

H. Taksub

I. Bagaimana Melakukan Scam Dengan Emas

J. Empat Persoalan Yang Perlu Anda Ragui Sebelum Sertai Skim Pelaburan Emas

K. Sajak Buat Sahabat Penyontot

L. Bagaimana Sebuah Mlm Boleh Menjadi Skim Sontot

M. Produk Kewangan Pun Boeh Jadi Skim Sontot

N. Apa Beza Scammer Dengan Ejen Misleading?

O. Pepatah Petitih Sontotan

P. Skim Too Good To Be True Tidak Akan Bertahan Lebih 5 Tahun

Q. “Apa? Pelaburan 10% Setahun? Sikitnya!”

R. Kenapa Skim Pelaburan Yang Memberikan Pulangan Bulan-Bulan Adalah Mengarut?

S. Pelaburan Yang Paling Menguntungkan

T. Jika Ditawarkan Peluang Pelaburan Atau Bisnes Dengan Berhutang...

U. Pujuk Rayu Skim Sontot

V. Berhati-Hati Dengan 3 Gelaran Ini

W. Skim Somtot Alfonso

X. Pemaju Vs Kontraktor

Y. Tersontot Di Pintu Rumah

Z. Travelog Financial Fighter

Bahagian 4: Tak Insap Jugak?

A. Firasatku

B. Hujah Biasa Skim-Skim Cepat Kaya Dan Ini Respon Kepada Mereka

C. Nasihat Paling Mahal

D. “Bang, Ada Kerja Part-Time Tak?”

E. Skim Sontot Tumbuh Bagai Cendawan Selepas Hujan Di Musim Gawat

F. Skim Cepat Kaya Akan Terus Hidup Seiring Dengan Ketamakan Manusia

**Epilog **

Pertanyaan - 0134901400


Brand
Tersontot Di Pintu Shorga

Condition
New
Share this product

Read More
About Seller


0134901400

infaqevent@gmail.com
More from this seller